Tuesday 31 January 2012

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)2. Hasan (anak Fatima r.a)3. Husin (anak Faimah r.a)4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
           Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya2. Hendaklah dia rajin bersedekah3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

* Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.2. Jangan mengkhianat.3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

           Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.           Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.




Monday 23 January 2012

6 golongan manusia terkutuk di sisi ALLAH S.W.T

Rasulullah SAW telah bersabda... :
Ada 6 golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT pun mengutuk mereka. Setiap nabi yang doanya dimakbulkan mengutuk mereka. Mereka adalah :

1- Orang yang menambah-nambah ayat dalam kitab Allah SWT.
2- Orang yang mendustakan ketentuan Allah SWT.
3- Pemerintah yang kejam sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan Allah SWT dan menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.
4- Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
5- Orang yang menghalalkan perbuatan yang telah diharamkan oleh Allah SWT terhadap ahli bait ( keluarga Junjungan Rasulullah SAW ).
6- Orang yang meninggalkan Sunnahku.

* Maka pada hari kiamat nanti Allah SWT tidak memandang mereka dengan pandangan rahmat – Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim.

7 perkara memuliakan andadi sisi ALLAH S.W.T

1- Ketika memulakan sesuatu pekerjaan membaca "Bismillah"
2- Ketika dapat selesaikan sesuatu pekerjaan membaca  "Alhamdulillah "
3- Jika terlanjur sesuatu pada lidah atau pekerjaan, membaca "Astaghfirullah "
4- Jika ingin melakukan sesuatu akan datang, membaca "Insya Allah "
5- Jika menghadapi sesuatu kesukaran, membaca" La Haula Wala Quwwata Illa Billah Hilaliyyil Azim "
6- Jka ditimpa musibah, membaca " Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun"
7- Berzikir siang dan malam dengan lafaz " La Ilaha IllAllah "

Sunday 22 January 2012

warkah untukmu



Buatmu mujahidah kesayangan yg sedang mekar di taman perjuangan...
Jagalah dan perliharalah izzah dirimu...
Lembut bicaramu,lunak suaramu,anggun tingkahmu,ayu langkahmu,pesona pandanganmu,molek akhlakmu tika dirimu fi sabili da'wah...
Moga dikau bidadari di syurga idaman...
InsyaALLAH...

you're my best friend because.....

 you always understand
 you'd laugh at my jokes
 you always tell me I don't look fat *hehee
 we can talk for hours and never be tired
 if I was lost you'd find me
 when I'm really down you'd cry with me
 you make room for me in your busy life
 one hug from you is worth 10 from any other friend
 you are my conscience
 you rock my world 








berhikmah dlm menegur

Hikmah itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi.Kesimpulannya,Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru kita disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.
Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima,namun tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita,=)
~slmt beramal~

Thursday 5 January 2012

memori tercipta bersamamu

Berjalanlah dgn penuh harapan,
Walau hidup tak selalu bahgia,
Sedekahkanlh satu senyuman,
Walau dihati tak lg mampu bertahan,
berlajarlah memaafkan walau diri terluka,
Berhentilah memberikan alasan,
Walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dlm iman walau hati dipenuhi godaan
dan
Berpeganglah pada ALLAH walau Dia tak tidak kelihatan....
Bukti kasih-NYA,
Kita wujud didunia ini..........

Wednesday 4 January 2012

sahabat




♥..Andai hari ini ana terlalu gembira, sedarkanlah ana dengan amaran-amaran Allah..♥

♥..Andai ana bersedih tanpa kata, pujuklah ana dengan tarbiyyah Pencipta..♥

♥..Andai ana lemah tak berdaya, ingatkanlah ana dengan kehebatan syurga..♥

♥...Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah ana meleraikannya segera...♥

♥....Andai pernah hati antum terluka, luahkanlah agar ana berubah....♥

♥...Andai esok ana lena tanpa terjaga... Iringilah lena ana dengan kalungan doa dan Al-Fatihah...♥

♥...berjanjilah SAHABAT...♥

♥...Ukhuwwah kita untuk selamanya......InsyaAllah...♥







P/S: Andainya daku tiada lagi,ku harapkan doa-doa darimu agar ku terus hidup dalam ingatanmu,walau kenangan kita hanya sedetik,simpanlah ia dalam memorimu,andaiku hilang tanpa khabar,ku harapkan perhubungan kita sampai ke akhirat...
insyaALLAH..

Hadis Mengenai Kelazatan Iman




Mutiara-mutiara Indah
Dari Hadis-hadis Rasulullah (s.a.w.)
Dalam buku “Halatu Ahli Al-Haqiqah Ma’a Allah”
Karangan Imam Ahmad Ar-Rifa’ie rahimahullah

Hadis Pertama: Hadis Mengenai Kelazatan Iman

            Dari Saidina Al-Abbas ibn Abdul Muttalib r.a., beliau berkata, bahawasanya: “saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):

            “Seseorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa Allah s.w.t. sebagai Rabbnya, dan jika meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa Muhammad s.a.w. ialah seorang Nabi (Allah)”

            Hadis riyawat Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dalam musnadnya, Imam Muslim r.a., dan Imam Ar-Rifa’ie r.a. dalam buku “Halah Ahl Haqiqah Ma’a Allah”.

            Telah berkata Imam Ahmad Ar-Rifa’ie dalam buku beliau “Halah Ahl Haqiqah Ma’a Allah”: Zauq (perasaan dan kelazatan) tersebut tumbuh dari sifat redha, (adapun redha tersebut) ialah suatu makrifat (ilmu dan pengenalan) tentang Allah s.w.t.. Makrifat (mengenal Allah s.w.t.) ialah cahaya yang diletakkan oleh Allah s.w.t. di dalam hati seseorang yang dikasihi-Nya dari kalangan para hamba-Nya. Tiada satupun perkara yang lebih mulia dan agung dari cahaya tersebut (jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang lain kepada para hamba-Nya). Hakikat Makrifat (mengenal Allah s.w.t.) ialah kehidupan hati dengan Tuhan yang Maha Menghidupkan seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidakkah jika seseorang itu mati, maka kami hidupkannya…” (Surah Al-An’am: 122).

            Imam Ar-Rifa’ie seterusnya berkata lagi: “Sesiapa yang telah mati nafsunya, maka duanianya akan menjauhinya, dan sesiapa yang mati hatinya, maka Allah s.w.t. akan jauh darinya.”

            Sheikh Ar-Rifa’ie berkata juga: “sesiapa yang melihat kepada Allah s.w.t. (menghalakan pandangan mata hatinya menghadap Allah s.w.t.), tidak akan melihat kepada dunia, dan tidak pula melihat kepada akhirat. Mentari hati seseorang Arif (orang yang telahpun mengenal Allah s.w.t.), lebih bercahaya dari mentari di siang hari…”

            (Alfaqir berkata):

            Maksud dari perkataan As-Sheikh, bahawa “sesiapa yang melihat kepada Allah s.w.t…” ialah, seseorang itu mula menghalakan seluruh tujuan hidupnya, seluruh tujuan amal perbuatannya, kepada Allah s.w.t.. Setiap perkara yang dilakukannya, setiap masa yang digunakannya dari usianya, dan seluruh gerak diamnya, hanya kerana Allah s.w.t., di bawah payungan rahmat Ilahi s.w.t. di dalam konsep kehambaan yang mutlak kepada Allah s.w.t..

            Ini difahami oleh kaum sufi dengan istilah “At-Tawajjuh”. Hal ini merupakan intipati dari makna firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “katakanlah bahawasanya: solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kerana Allah s.w.t..”

            Antara hadis yang turut menjelaskan tentang perkara ini ialah hadis Jibril a.s., dalam perbahasan ihsan, di mana Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa: “Ihsan ialah, kamu menyembah Allah s.w.t. sepertimana kamu melihat-Nya. Kalaulah kamu tidak melihat-Nya sekalipun, sesungguhnya Dia melihat kamu”.

            Ramai di kalangan para ulama’ sufi yang membincangkan hadis ini dari sudut batinnya, di dalam buku-buku mereka dengan perbahasan-perbahasan zauqiyah, namun cukuplah di sini, kita kutip salah satu kefahaman ringkas dan mudah dari hadis ini iaitu, berkenaan dengan musyahadah dan muroqobah.

            Musyahadah (penyaksian) ialah suatu keadaan hudur Al-Qalb fi Hadratillah atau kehadiran hati yang sentiasa melihat bahawasanya Allah s.w.t. melihatnya. Kehadiran hati tersebut merupakan lawan bagi kelalaian.

            Muroqobah (pengawasan) merupakan peringkat di bawah peringkat musyahadah, dan ianya merupakan peringkat asas sebelum sampai kepada peringkat musyahadah. Muroqobah bererti, pengawasan diri dan sentiasa menanamkan dan mengingatkan diri kita, bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat dan memerhatikan setiap gerak geri kita.

            Demikianlah sedikit sebanyak tentang hadis tersebut.

            Seterusnya, apabila kita sudah mengakui bahawasanya, seluruh amalan dan kehidupan kita serta kematian kita adalah kerana Allah s.w.t., bererti kita juga telah mengakui bahawa, apa yang sebenarnya dicari oleh kita di dalam kehidupan kita ialah redha dari Allah s.w.t. yang mana, kepada-Nyalah kita mempersembahkan dan memperbentangkan amalan kita kepada-Nya.

            Apabila kita dapati bahawa, makna dan tujuan kita hidup di dunia ini tidak lebih daripada untuk “hidup dan mati kerana Allah s.w.t.”, maka tergamakkah kita mempersembahkan dan memperbentangkan amalan-amalan kita kepada selain daripada-Nya?

            Sudah pasti, apabila makna “hidup dan matiku kerana Allah s.w.t.”, sudah terealisasi dan tersemat erat di dalam jiwa seseorang, sudah tentu dia tidak lagi mengadapkan tujuan kehidupannya untuk mencapai selain dari redha dan rahmat dari Allah s.w.t..

            Makna “kehidupan dan kematianku kerana Allah s.w.t.” juga membawa pelbagai maksud tauhid yang lain seperti “kehidupan dan kematianku untuk Allah s.w.t.”, “kehidupan dan kematianku dengan kehendak Allah s.w.t.” dan “kehidupan dan kematianku dari Allah s.w.t.”.

            Pernyataan “kehidupan dan kematianku dari Allah s.w.t.” merupakan pintu untuk mencapai kefahaman-kefahaman yang lain.

            Apabila seseorang melihat dalam dirinya sendiri, dia pasti merenung, dari manakah datangnya diriku ini? Kalau dari ibu dan bapa, bererti mereka berkuasa dalam menjadikanku. Tetapi, mereka juga akhirnya mati seperti ibu bapa mereka (datuk nenekku), menunjukkan bahawa, mereka juga tidak berkuasa terhadap diri mereka sendiri, bagaimana mungkin pula berkuasa terhadap diriku ini? Akhirnya, pmikirannya yang waras akan serta-merta menunjukkan kepada natijah iaitu, di sana, adanya satu Tuhan yang berkuasa ke atas segala sesuatu, dan dari Dialah kita wujud.

            Apabila sudah memahami bahawasanya: “kehidupan dan kematianku dari Dia yang Maha Berkuasa” tersebut, kita juga seterusnya bermuhasabah diri di hadapan ajaran-ajaran agama Islam untuk meningkatkan kefahaman kita tentang diri kita ini.

            Apabila kita selami makna dari roh ajaran Islam itu sendiri, kita fahami bahawa, tujuan hidup dan mati kita adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (kepada-Ku)”.

            Dari kefahaman ini, kita seoalah-olah dilintasi oleh hembusan syaitan yang mempersoalkan bahawa: “mengapa kita perlu beribadah kepada-Nya, sedangkan kita diberi kebebasan untuk memilih apa yang kita suka?” Jadi, nafsu turut meronta-ronta untuk tidak tunduk kepada perintah Samawi tersebut, seraya berkata: “kalau anda ikut agama, untuk beribadah kepada-Nya, tentu anda akan keletihan. Pilihlah hala tuju yang menyenangkan anda, dengan tidak patuh kepada-Nya”.

            Dalam menangkis pelbagai hasutan syaitan dan tipu daya nafsu, anda sudah tentu terfikir tentang suatu hakikat yang lebih besar dari pelbagai tipu daya tersebut. Ia turut tersemat di dalam kata-kata Sheikhuna (guru kami) Sheikh Yusuf Al-Hasani: “Sesiapa yang keluar ke dunia (lahir ke dunia) bukan kerana pilihan dirinya sendiri, pasti akan keluar dari dunia bukan kerana pilihannya sendiri juga. Oleh yang demikian, di mana pula letaknya kebebasan kehendak kita di antara kedua-duanya (antara kamu hidup bukan kerana pilihanmu dan kamu mati bukan kerana pilihanmu)”.

            Pernyataan Sidi Yusuf Al-Hasani cuba menjelaskan bahawa:

            Kita lahir ke dunia bukan kerana kita yang memilih untuk hidup di dunia ini.

            Kita juga akan mati bukan kerana kita yang memilih untuk meninggalkan dunia ini.

            Ajal dan usia sememangnya di tangan Allah s.w.t.. Berapa ramai orang yang berkahwin (sebab untuk mendapatkan anak), tetapi tidak mempunyai anak. Berapa ramai yang cuba membunuh diri (sebab untuk menghilangkan nyawa), tetapi tidak berjaya untuk mati.

            Ini menunjukkan bahawa, kita sebenarnya (bahkan seluruh kewujudan), sebenarnya bergerak di bawah kehendak, izin dan kekuasaan Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, walaupun kita diberi kebebasan majazi untuk memilih, ianya tidak terlepas dari kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t., kerana kita sudah tentu tidak mampu membuat sebarang pemilihan melainkan dengan izin Allah s.w.t.. Dari izin Allah s.w.t. tersebut, yang merupakan dari kehendak-Nyalah, kita dapat membuat pemilihan, bahkan kita sendiri dapat saksikan bahawa, bukan semua yang kita mahukan, kita akan mendapatinya.

            Realiti ini menunjukkan bahawa, kita yang diberi peluang untuk memilih dengan izin Allah s.w.t. ini, tidak akan memilih melainkan untuk taat kepada-Nya, dengan keinginan kita sendiri. Allah s.w.t. boleh memaksa seluruh manusia taat dan patuh kepada-Nya, dengan kehendak dan kekuasaan-Nya, tetapi dengan ilmu dan Lutf (kelembutan) Allah s.w.t., yang menyembunyikan hikmah-hikmah di sebalik perbuatan-Nya, Dia membiarkan seluruh manusia dengan kebebasan memilih, yang merupakan pemberian dari-Nya, untuk menguji yang manakah di antara mereka yang akan mentaati-Nya dengan kerelaan dan yang mana akan mengkufuri nikmat “kebebasan memilih” tersebut dengan kerelaannya juga.

            Oleh yang demikian, Allah s.w.t. menjanjikan nikmat syurga kepada para hamba-Nya yang taat, untuk menzahirkan kasih-sayang-Nya kepada para hamba-Nya dan untuk menyembunyikan cinta-Nya kepada para hamba-Nya, dari musuh-musuh para kekasih-Nya.

            Demikian juga, Allah s.w.t. menjanjikan siksaan neraka kepada mereka yang ingkar dalam mentaati-Nya, untuk menzahirkan kebesaran dan keagungan-Nya serta memberi peringatan kepada manusia sebelum mereka mati, supaya kembali kepada-Nya dengan ketaatan, selagi ada hayat.

            Dari sinilah, jika kita memahami bahawa, hidup dan mati kita pun daripada-Nya, mengapa tidak kita jadikan seluruh hidup dan mati kita untuk-Nya dan beramal di dalam kehidupan kita semata-mata kerana-Nya. Pilihan untuk beramal kerana-Nya dan metaati-Nya kerana-Nya semata-mata merupakan sebaik-baik pilihan, kerana dengan memilih sebaliknya (iaitu untuk menderhakai Allah s.w.t.), ia sebenarnya mengundang kepada kebencianAllah s.w.t. dan tidak membawa sebarang kebaikan bagi kita.

            Apabila seseorang sudah menghayati bahawa, dirinya hidup dengan izin dan kuasa Allah s.w.t., dia akan menghayati bahawa, dia juga perlu menjadikan seluruh hidupnya untuk Allah s.w.t., kerana itulah tujuan Allah s.w.t. menciptakan dirinya.

            Sheikhuna (guru kami) Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan makna ini dengan katanya: “Tauhid ialah, kamu jadikan diri kamu hanya untuk Dia yang Maha Esa semata-mata”.

            Dari sinilah, apabila kamu melakukan sesuatu, kerana diri kamu untuk Allah s.w.t., maka kamu tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana-Nya, kerana kamu ialah, semata-mata hanya untuk-Nya.

            Apabila ia menyerap ke dalam hati seseorang, maka, di sinilah timbulnya ikhlas, di mana, apabila dia melakukan kebaikan, beribadah kepada Allah s.w.t., menolong sesama manusia, dan sebagainya, dia tidak akan melakukannya melainkan kerana Allah s.w.t..

            Apabila nilai-nilai kehambaan ini kembang mekar di dalam diri seseorang hamba, maka keharuman “redhanya kepada Allah s.w.t. sebagai Tuhannya” akan menyelubungi seluruh kehidupannya. Pada ketika itulah, keredhaannya kepada Allah s.w.t. sebagai Tuhannya akan berkembang sehingga dia redha dengan seluruh apa yang diredhai oleh Allah s.w.t. dan meredhai seluruh ketetapan hukum dan ketentuan Allah s.w.t.. Lahirlah dari perasaan tersebut, keredhaannya kepada Islam sebagai agamanya, dan Rasulullah s.a.w. sebagai rasul dan kekasih Allah s.w.t..

            Dari sinilah timbulnya benih-benih makrifat yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut sebagai “kelazatan iman”. Bukankah kelazatan tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa perkataan? Bukankah sesuatu kelazatan itu tidak dapat diketahui dan difahami melainkan orang yang pernah merasakannya sahaja. Anda tidak akan tahu kelazatan sesuatu makanan melainkan anda sendiri pernah merasakannya. Ketahuilah bahawasanya, kefahaman kita terhadap hakikat sesuatu merupakan makanan rohani kita, dan sebaik-baik makanan rohani ialah, kefahaman kita terhadap Allah s.w.t. yang seterusnya membawa kepada makrifatullah (mengenal Allah s.w.t.).

            Begitulah seperti kata-kata Sheikhuna Sisi Yusuf Al-Hasani: “Rezeki rohani ialah rezeki yang paling istimewa. Ketahuilah bahawasanya, rezeki rohani ialah kefahaman kita mengenai Allah s.w.t..”

            Oleh yang demikian, tiada suatu nikmatpun yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang hamba-Nya, melebihi kenikmatan takkala mengenali diri-Nya. Ini kerana, makrifatullah (mengenal Allah s.w.t.) ialah nikmat yang paling tinggi nilainya bagi seseorang hamba, kerana ia merupakan roh sesuatu kehambaan seseorang kepada Allah s.w.t..

            Diriwayatkan bahawasanya, Yahya bin Mu’az r.a. (m 258H) pernah berkata: “makrifat ialah kehampiran hati dengan yang Maha Dekat (Allah s.w.t.), kewaspadaan roh di sisi Kekasihnya (Allah s.w.t.), dan menyendirikan hatinya dari selain Allah s.w.t. dan menjadikan ia hanya untuk Allah s.w.t. yang Maha Pemerintah lagi Maha Menjawab segala permintaan.”

            Dari makna inilah, kita dapati bahawa, seseorang yang sudah mengenali Allah s.w.t., sudah mengenali kehinaan diri di hadapan keagungan-Nya, dan sudah mengenali kehinaan dunia di sisi Allah s.w.t., sudah tentu tidak lagi memalingkan dirinya kepada dunia yang lebih hina dari dirinya, dan sebaliknya memalingkan seluruh tujuan kehidupannya untuk Allah s.w.t..

            Maka, pada ketika itu, dunia sedikitpun tidak mampu lagi untuk menggodanya, dengan perhiasan-perhiasan dan kecantikannya, kerana di matanya (hamba tersebut), hanya ada Allah s.w.t., yang Maha Agung lagi Maha Cantik.

            Jadi, sesiapa yang jujur dalam mengharapkan Allah s.w.t., sudah pasti tidak akan memalingkan dirinya dengan mengadap dan mengemis di hadapan dunia yang fana’ ini, seperi kata Imam Ja’far bin As-Sodiq r.a. (m 148H).

            Imam Al-Rifa’ie r.a. berkata: Makrifah itu seperti pohon yang mempunyai tiga ranting utama.

            Ranting Pertama: Tauhid
            Ranting Kedua: Tajrid
            Ranting Ketiga: Tafrid

            Tauhid ialah pengakuan kita bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t.. Ia merupakan langkah melenyapkan seteru Allah s.w.t. dari diri kita.

            Tajrid pula ialah berkaitan dengan keikhlasan kita kepada Allah s.w.t., dengan memotong segala asbab. Dalam erti kata yang lain, tidak memandang dan bergantung kepada asbab (sebab-sebab) tetapi bergantung harap kepada Allah s.w.t. semata-mata.

            Adapun Tafrid ialah memutuskan seluruh keterpautan hati secara keseluruhannya, dan hanya melihat dan berpaut kepada Allah s.w.t. pada setiap keadaan. Ia merupakan suatu yang amat tinggi. Tafrid juga bermakna, berhubungan dengan Allah s.w.t. tanpa sebuah perjalanan, tanpa sesuatupun hatta tanpa selain dari-Nya. Ini lebih menjurus kepada perbahasan Al-Fana’ dan Al-Baqo’ dalam istilah kaum sufi.

            Imam Ar-Rifa’ie seterusnya menjelaskan bahawa: “jalan untuk mencapainya (makrifat) ada lima iaitu:

            Pertama: Takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sendirian ataupun di khalayak awam.
            Kedua: Ketaatan mutlak dalam kehambaan (kepatuhan dengan melaksanakan syariat Allah s.w.t..)
            Ketiga: Memutuskan sebarang keterpautan hati melainkan hanya berpaut kepada-Nya dan menghadap-Nya secara keseluruhan.
            Keempat: Ikhlas dalam perkataan, perbuatan dan niat.
            Kelima: Berwaspada dan berjaga dalam setiap lintasan dan setiap pergerakan.

            Kesimpulan dari perbincangan berkisar tentang hadis yang mulia tersebut, sesungguhnya makrifatullah itu merupakan suatu kalazatan yang dirasai oleh hati seseorang hamba Allah s.w.t.. Kelazatan tersebut sebenarnya merupakan natijah dari kejujuran nilai-nilai kehambaan seseorang kepada Allah s.w.t. dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. dan redha terhadap segala apa yang datang dari Allah s.w.t..

            Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada kita sifat redha tersebut supaya dengannya, kita terbang menuju redha-Nya di laman kemurahan dan rahmat-Nya.

Amin…

Wallahu a’lam…

Monday 2 January 2012

tiada Tuhan selain ALLAH



"Orang yang putus hubungan dengan
Tuhan seperti wau yang putus tali.
Walaupun wau yang putus tali mungkin
nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan
terbang tinggi ditiup angin namun itu
tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding
dengan wau yang bertali, ia terkawal
dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga
bandingan manusia yang putus hubungan
dengan Tuhan dengan manusia yang
terikat dengan Tuhan.
Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik

Sunday 1 January 2012

syair Syed Qutb

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.