Thursday 1 November 2012

yg bergelar wanita



seorang wanita itu...
walau bagaimanapun keras zahirnya..
masih tersimpan santunnya...

seorang wanita itu..
walau mencuka panjang sedepa..
masih tetap akan terbit manisnya...

seorang wanita itu..
walau ditahan2 air mata..
pasti kan menitis jua akhirnya..
seorang wanita itu walau nampak lemah kudratnya..
di dalam tersimpan energi yang tak mampu ditandingi..

sesiapa pun wanita itu..
tetap cantik dipandang ALLAH..
kerana lantunan imannya..
kerana sendu rindunya..
dalam larutan tahajjud dia berlagu...

bersyukurlah duhai muslimah!!



Monday 24 September 2012

Hikmah sebalik ciptaan


Ciptaan Tuhan Tidak Sia-sia
Salah satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
Sama ada yang kecil mahupun yang besar
Yang halus mahupun yang kasar
Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkan
Semuanya berlaku dengan hikmah
Sama ada mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran
Sekalipun seekor hama yang halus yang berada di tengah belantara ada maksud dari Tuhan
Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi
Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya walaupun menakutkan manusia ada pengajaran
Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia ada rahsia dari Tuhan
Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia
Semuanya ada maksud dan tujuan
Cuma banyak manusia yang tidak tahu hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya
Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia
Sekalipun pada pandangan manusia perkara itu remeh sahaja
Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja
Pandangan Tuhan tidak ada bezanya di antara halus dan kasar
Di antara kecil dan besar
Dan yang jijik dan yang menyenangkan
Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu
Dari segi menciptanya sama saja
Dari segi melihat sama juga
Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata
Bukan kemampuannya dengan tenaga
Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan
Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan tidaklah menimbang-nimbang
Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran
Tuhan tidak ada akal dan fikiran
Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran
Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna
Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan
Maha Agung Engkau Tuhan



  
!!!سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله ... الله أكبر


Soalnya hati

               

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.. " (Imam Nawawi).



Hadis Ibnu Umar R.A mengatakan: Bersabda Nabi SAW bahawa Allah Azza Wa Jalla menerima taubat seorang hamba itu sebelum rohnya sampai di leher. (Riwayat Tarmizi) Hadis Hasan.

Hadis Anas bin Malik R.A, katanya : Bersabda Rasullullah SAW, yang mengikuti mayat itu ke kubur tiga perkara. Dua diantaranya kembali pulang. Hanya satu yang tetap bersamanya. Yang kembali itu ialah keluarga dan hartanya sedangkan yang tetap bersamanya itu amalannya.

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" dan "Janganlah kamu bersedih sesungguhnya kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"

"Aku mencintai orang-orang sholeh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka. Aku membenci orang-orang durhaka, meskipun sebenarnya, mungkin, aku termasuk golongan mereka." (Imam Syafi'i)

Rintihan Rabiatul Adawiyah kepada Ilahi:

Ya Allah,ampunilah aku.Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan.Selamatkanlah dari daripada tipu daya yang mengasyikkan.

"Org tdk kisah setakat mana yg anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yg anda kisah terhadap mereka.."-Dr Fadzilah Kamsah

"Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu"

"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."

"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, 
bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire"

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih sayang dan kelembutan hati mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh menderita sakit, terasakanlah sakit tersebut di seluruh tubuh hingga tidak bisa tidur dan panas” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya bererti tanda takut kepadaNYA, menuntutnya merupakan ibadat,mengulangkajinya merupakan tasbih, membahasnya merupakan jihad & mengajarnya kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah, ilmu merupakan pelindung ketika sendirian,teman di tempat sunyi,petunjik dalam agama, menjadikan kita sabar ketika senang & susah,teman karib di tempat asing & cahaya menunjukkan jalan ke syurga”

"Jadikan dirimu bagai pohon rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu & hanya layak di buat kayu api..."-Imam Al Ghazali.
"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.."

Cinta bukan mengajar kita jadi lemah, tp membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tp menghembuskan kejayaan.. cinta bukan pelemah semangat, tp membangkitkannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, kepada orang yang masih percaya walau pun telah dikhianati...kepada yang ingin dicintai walaupun telah disakiti..dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan yang telah pudar.. - hamka"

WANITA SOLEHAH akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran..jika dia seorang ANAK maka dia akan menjadi anak yang SOLEHAH..jika dia seorang ISTERI..dia akan taat dan patuh kepada suami...jika dia seorang IBU..akan dicurahkan kasih sayangnya kepada untuk anak-anak..Begitu juga sebagai hamba Allah dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepadaNYa..Selanjutnya wanita solehah mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan.

DARI SYED OTHMAN IBNU AFFAN RHA. :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana ialah:
-Hatinya selalu berniat suci
-Lidahya selalu basah dengan zikrullah
-Kedua matanya menangis kerana penyasalan terhadap dosa
-Segala perkara dihadapinya dengan sabar & tabah
-Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia

"Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya." "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.."

Semua orang mencintai wanita, tetapi mereka berkata: "Mencintai wanita adalah awal dari sebuah derita."Bukan wanita yang membuat derita. Tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu. (Imam Syafi'i)

"Malapetaka paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain. Atau jika engkau mengharapkan kebaikan seseorang, akan tetapi justru orang itu berharap agar kita celaka atau binasa". (Imam Syafi'i)

"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama lebih sengsara. "Saiyidina Ali Bin Abi Thalib KWJ.

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya, dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya" Saiyidina Ali Bin Abi Thalib KWJ.




Alhamdulillah

 
**Apabila anda mempunyai masalah, lari!!! lari kepada Allah










SAVE SYRIA

 

**Buang Tidak Pedulisme. Cakna Dunia Islam

Alhamdulillah, Bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan tempat yang aman untuk berteduh. Tanpa gangguan dari anasir yang porak-perandakan, dari kejaman dan kezaliman. Allahu Rabbi. sebak dada bercucuran air mata membaca berita mengenai saudara Islam kita di Syria yang semakin menderita. Rasa terpanggil jari-jemari ini untuk berkongsi. Apalah daya diri ini, doa tulus dan ikhlas buat saudaraku, mampu diberikan.

Pautan Link Blog (Isu Syria)


   

**Semoga umat islam dinegara ini mengambil 
ikhtibar apa yang berlaku di syria


Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".(Al-Israa' 17:81)

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
>Mendoakan saudara kita di Syria
>Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan(jika mampu)
>Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA

InsyaAllah. Semoga Allah memberi hidayah Nya kepada para pemimpin dan kepada kita rakyat dinegara ini agar islam dapat diamalkan dalam keadaan aman. Selebihnya Wallahua'lam...

Hikmah setiap ciptaan


"Yesterday is history, tomorrow is a mystery, 


Kita mengetahui sifat Allah dengan berfikir tentang makhlukNya dan melalui ajaran para RasulNya. Kita mampu mengetahui sebahagian sifat Allah dengan berfikir tentang makhluk ciptaanNya. (al-Jathiyaah: 3-4).

a. Kita melihat hikmah pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Bijaksana (Al-Hakim)

b. Kita melihat kepakaran pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Mendalam PengetahuanNya (Al-Khabir)

c. Kita melihat kekuatan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Perkasa (Al-Qawiy)

d. Kita melihat ciptaan yang tiada bandingan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Membentuk Rupa lagi Cantik CiptaanNya (Al-Musawwar Al-Badi’)

e. Kita melihat petunjuk pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Memberi Petunjuk (Al-Hadi)

f. Kita melihat kehidupan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Menghidupkan (Al-Muhyi)

g. Kita melihat pengetahuan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Mengetahui (Al-‘Alim)

h. Kita melihat pemeliharaan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Memelihara (Al-Hafiz)

i. Kita melihat pengurusan rezeki untuk sebahagian dari makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Memberi Rezeki (Al-Razzaq)

j. Kita dapat melihat sistem alam yang bersepadu konsisten menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Esa (Al-Wahid)

 **faced many problems__know__must be patient


Tuesday 11 September 2012

KRABAT - Keinsafan

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...
WRITTEN BY :
allahyarham saiful asyraf


Apabila hadirnya lafaz 'kun fayakun',,maka jadilah sesuatu perkra itu walaupun pahit untuk kite trime tetapi telah dirancang sebaik2nya oleh Allah..setiap yg hidup itu PASTI akan marasai mati..semoga kami trima qadha' n qadar yg telah engkau tetapkan Ya Allah..
Thabatkan hati kami dlm memperjuangkan agamaMu untuk mencapai misi yg utama iaitu keredhaan..semoga berita tentang kematian ini membawa peringatan untuk kite sentiasa muhasabah bersama agar dapat berubah ke arah yg lebih baik..
-------------------------------------------------------------------
-kullu nafsin za iqotulmaut-
innalillahhi wa innailaihi roji'un..al-fatihah bwt allahyarham ustaz saiful asyraf..semoga arwah ditempatkn bersama golongan2 yg soleh..amin..

Wednesday 4 July 2012

Persediaan untuk meyambut bulan Ramadhan al-Muabarak

1) Berdoalah agar Allah swt. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani) Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.
9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri,anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Oh muslimah...






Wahai muslimah...
Kerana kamu cantik ibarat permata...
Kerana kamu indah ibarat kejora...
Lalu,
Bertutup sempurna itulah syariatnya kepadamu...
Kerana ALLAH sangat sayang kepadamu...
Kerana yang tertutup itulah yang terindah...
Dan kerana indah...
Hiasan wanita solehah...

*Muslimah yang menjaga auratnya umpama mutiara yang didalam perisainya :)

Friday 16 March 2012

Adik remajaku

Teguhmu membangun umah
Pendirian membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikaulah remaja yg sempurna

usia mudamu hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah ALLAH wajib dipatuhi

Bersyukurlah atas rahmatNYA
Bersabarlah dengan dugaanNYA
Bertaqwalah dirimu kepada NYA
Pahala berganda ganjarannya

Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumahNYA
Nikmat syurga akan kau rasa

Teguhmu membangun umah
Pendirian membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikaulah remaja yg sempurna

usia mudamu hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah ALLAH wajib dipatuhi

Perjalananmu masih jauh
Wahai adikku aturlah langkah
Gunalah kelebihan yang ada
Demi keagungn agama dan bangsa...

Tuesday 31 January 2012

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)2. Hasan (anak Fatima r.a)3. Husin (anak Faimah r.a)4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
           Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya2. Hendaklah dia rajin bersedekah3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

* Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.2. Jangan mengkhianat.3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

           Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.           Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.




Monday 23 January 2012

6 golongan manusia terkutuk di sisi ALLAH S.W.T

Rasulullah SAW telah bersabda... :
Ada 6 golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT pun mengutuk mereka. Setiap nabi yang doanya dimakbulkan mengutuk mereka. Mereka adalah :

1- Orang yang menambah-nambah ayat dalam kitab Allah SWT.
2- Orang yang mendustakan ketentuan Allah SWT.
3- Pemerintah yang kejam sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan Allah SWT dan menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.
4- Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
5- Orang yang menghalalkan perbuatan yang telah diharamkan oleh Allah SWT terhadap ahli bait ( keluarga Junjungan Rasulullah SAW ).
6- Orang yang meninggalkan Sunnahku.

* Maka pada hari kiamat nanti Allah SWT tidak memandang mereka dengan pandangan rahmat – Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim.

7 perkara memuliakan andadi sisi ALLAH S.W.T

1- Ketika memulakan sesuatu pekerjaan membaca "Bismillah"
2- Ketika dapat selesaikan sesuatu pekerjaan membaca  "Alhamdulillah "
3- Jika terlanjur sesuatu pada lidah atau pekerjaan, membaca "Astaghfirullah "
4- Jika ingin melakukan sesuatu akan datang, membaca "Insya Allah "
5- Jika menghadapi sesuatu kesukaran, membaca" La Haula Wala Quwwata Illa Billah Hilaliyyil Azim "
6- Jka ditimpa musibah, membaca " Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun"
7- Berzikir siang dan malam dengan lafaz " La Ilaha IllAllah "

Sunday 22 January 2012

warkah untukmu



Buatmu mujahidah kesayangan yg sedang mekar di taman perjuangan...
Jagalah dan perliharalah izzah dirimu...
Lembut bicaramu,lunak suaramu,anggun tingkahmu,ayu langkahmu,pesona pandanganmu,molek akhlakmu tika dirimu fi sabili da'wah...
Moga dikau bidadari di syurga idaman...
InsyaALLAH...

you're my best friend because.....

 you always understand
 you'd laugh at my jokes
 you always tell me I don't look fat *hehee
 we can talk for hours and never be tired
 if I was lost you'd find me
 when I'm really down you'd cry with me
 you make room for me in your busy life
 one hug from you is worth 10 from any other friend
 you are my conscience
 you rock my world 








berhikmah dlm menegur

Hikmah itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi.Kesimpulannya,Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru kita disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.
Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima,namun tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita,=)
~slmt beramal~

Thursday 5 January 2012

memori tercipta bersamamu

Berjalanlah dgn penuh harapan,
Walau hidup tak selalu bahgia,
Sedekahkanlh satu senyuman,
Walau dihati tak lg mampu bertahan,
berlajarlah memaafkan walau diri terluka,
Berhentilah memberikan alasan,
Walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dlm iman walau hati dipenuhi godaan
dan
Berpeganglah pada ALLAH walau Dia tak tidak kelihatan....
Bukti kasih-NYA,
Kita wujud didunia ini..........

Wednesday 4 January 2012

sahabat




♥..Andai hari ini ana terlalu gembira, sedarkanlah ana dengan amaran-amaran Allah..♥

♥..Andai ana bersedih tanpa kata, pujuklah ana dengan tarbiyyah Pencipta..♥

♥..Andai ana lemah tak berdaya, ingatkanlah ana dengan kehebatan syurga..♥

♥...Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah ana meleraikannya segera...♥

♥....Andai pernah hati antum terluka, luahkanlah agar ana berubah....♥

♥...Andai esok ana lena tanpa terjaga... Iringilah lena ana dengan kalungan doa dan Al-Fatihah...♥

♥...berjanjilah SAHABAT...♥

♥...Ukhuwwah kita untuk selamanya......InsyaAllah...♥







P/S: Andainya daku tiada lagi,ku harapkan doa-doa darimu agar ku terus hidup dalam ingatanmu,walau kenangan kita hanya sedetik,simpanlah ia dalam memorimu,andaiku hilang tanpa khabar,ku harapkan perhubungan kita sampai ke akhirat...
insyaALLAH..

Hadis Mengenai Kelazatan Iman




Mutiara-mutiara Indah
Dari Hadis-hadis Rasulullah (s.a.w.)
Dalam buku “Halatu Ahli Al-Haqiqah Ma’a Allah”
Karangan Imam Ahmad Ar-Rifa’ie rahimahullah

Hadis Pertama: Hadis Mengenai Kelazatan Iman

            Dari Saidina Al-Abbas ibn Abdul Muttalib r.a., beliau berkata, bahawasanya: “saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):

            “Seseorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa Allah s.w.t. sebagai Rabbnya, dan jika meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa Muhammad s.a.w. ialah seorang Nabi (Allah)”

            Hadis riyawat Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dalam musnadnya, Imam Muslim r.a., dan Imam Ar-Rifa’ie r.a. dalam buku “Halah Ahl Haqiqah Ma’a Allah”.

            Telah berkata Imam Ahmad Ar-Rifa’ie dalam buku beliau “Halah Ahl Haqiqah Ma’a Allah”: Zauq (perasaan dan kelazatan) tersebut tumbuh dari sifat redha, (adapun redha tersebut) ialah suatu makrifat (ilmu dan pengenalan) tentang Allah s.w.t.. Makrifat (mengenal Allah s.w.t.) ialah cahaya yang diletakkan oleh Allah s.w.t. di dalam hati seseorang yang dikasihi-Nya dari kalangan para hamba-Nya. Tiada satupun perkara yang lebih mulia dan agung dari cahaya tersebut (jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang lain kepada para hamba-Nya). Hakikat Makrifat (mengenal Allah s.w.t.) ialah kehidupan hati dengan Tuhan yang Maha Menghidupkan seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidakkah jika seseorang itu mati, maka kami hidupkannya…” (Surah Al-An’am: 122).

            Imam Ar-Rifa’ie seterusnya berkata lagi: “Sesiapa yang telah mati nafsunya, maka duanianya akan menjauhinya, dan sesiapa yang mati hatinya, maka Allah s.w.t. akan jauh darinya.”

            Sheikh Ar-Rifa’ie berkata juga: “sesiapa yang melihat kepada Allah s.w.t. (menghalakan pandangan mata hatinya menghadap Allah s.w.t.), tidak akan melihat kepada dunia, dan tidak pula melihat kepada akhirat. Mentari hati seseorang Arif (orang yang telahpun mengenal Allah s.w.t.), lebih bercahaya dari mentari di siang hari…”

            (Alfaqir berkata):

            Maksud dari perkataan As-Sheikh, bahawa “sesiapa yang melihat kepada Allah s.w.t…” ialah, seseorang itu mula menghalakan seluruh tujuan hidupnya, seluruh tujuan amal perbuatannya, kepada Allah s.w.t.. Setiap perkara yang dilakukannya, setiap masa yang digunakannya dari usianya, dan seluruh gerak diamnya, hanya kerana Allah s.w.t., di bawah payungan rahmat Ilahi s.w.t. di dalam konsep kehambaan yang mutlak kepada Allah s.w.t..

            Ini difahami oleh kaum sufi dengan istilah “At-Tawajjuh”. Hal ini merupakan intipati dari makna firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “katakanlah bahawasanya: solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kerana Allah s.w.t..”

            Antara hadis yang turut menjelaskan tentang perkara ini ialah hadis Jibril a.s., dalam perbahasan ihsan, di mana Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa: “Ihsan ialah, kamu menyembah Allah s.w.t. sepertimana kamu melihat-Nya. Kalaulah kamu tidak melihat-Nya sekalipun, sesungguhnya Dia melihat kamu”.

            Ramai di kalangan para ulama’ sufi yang membincangkan hadis ini dari sudut batinnya, di dalam buku-buku mereka dengan perbahasan-perbahasan zauqiyah, namun cukuplah di sini, kita kutip salah satu kefahaman ringkas dan mudah dari hadis ini iaitu, berkenaan dengan musyahadah dan muroqobah.

            Musyahadah (penyaksian) ialah suatu keadaan hudur Al-Qalb fi Hadratillah atau kehadiran hati yang sentiasa melihat bahawasanya Allah s.w.t. melihatnya. Kehadiran hati tersebut merupakan lawan bagi kelalaian.

            Muroqobah (pengawasan) merupakan peringkat di bawah peringkat musyahadah, dan ianya merupakan peringkat asas sebelum sampai kepada peringkat musyahadah. Muroqobah bererti, pengawasan diri dan sentiasa menanamkan dan mengingatkan diri kita, bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat dan memerhatikan setiap gerak geri kita.

            Demikianlah sedikit sebanyak tentang hadis tersebut.

            Seterusnya, apabila kita sudah mengakui bahawasanya, seluruh amalan dan kehidupan kita serta kematian kita adalah kerana Allah s.w.t., bererti kita juga telah mengakui bahawa, apa yang sebenarnya dicari oleh kita di dalam kehidupan kita ialah redha dari Allah s.w.t. yang mana, kepada-Nyalah kita mempersembahkan dan memperbentangkan amalan kita kepada-Nya.

            Apabila kita dapati bahawa, makna dan tujuan kita hidup di dunia ini tidak lebih daripada untuk “hidup dan mati kerana Allah s.w.t.”, maka tergamakkah kita mempersembahkan dan memperbentangkan amalan-amalan kita kepada selain daripada-Nya?

            Sudah pasti, apabila makna “hidup dan matiku kerana Allah s.w.t.”, sudah terealisasi dan tersemat erat di dalam jiwa seseorang, sudah tentu dia tidak lagi mengadapkan tujuan kehidupannya untuk mencapai selain dari redha dan rahmat dari Allah s.w.t..

            Makna “kehidupan dan kematianku kerana Allah s.w.t.” juga membawa pelbagai maksud tauhid yang lain seperti “kehidupan dan kematianku untuk Allah s.w.t.”, “kehidupan dan kematianku dengan kehendak Allah s.w.t.” dan “kehidupan dan kematianku dari Allah s.w.t.”.

            Pernyataan “kehidupan dan kematianku dari Allah s.w.t.” merupakan pintu untuk mencapai kefahaman-kefahaman yang lain.

            Apabila seseorang melihat dalam dirinya sendiri, dia pasti merenung, dari manakah datangnya diriku ini? Kalau dari ibu dan bapa, bererti mereka berkuasa dalam menjadikanku. Tetapi, mereka juga akhirnya mati seperti ibu bapa mereka (datuk nenekku), menunjukkan bahawa, mereka juga tidak berkuasa terhadap diri mereka sendiri, bagaimana mungkin pula berkuasa terhadap diriku ini? Akhirnya, pmikirannya yang waras akan serta-merta menunjukkan kepada natijah iaitu, di sana, adanya satu Tuhan yang berkuasa ke atas segala sesuatu, dan dari Dialah kita wujud.

            Apabila sudah memahami bahawasanya: “kehidupan dan kematianku dari Dia yang Maha Berkuasa” tersebut, kita juga seterusnya bermuhasabah diri di hadapan ajaran-ajaran agama Islam untuk meningkatkan kefahaman kita tentang diri kita ini.

            Apabila kita selami makna dari roh ajaran Islam itu sendiri, kita fahami bahawa, tujuan hidup dan mati kita adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (kepada-Ku)”.

            Dari kefahaman ini, kita seoalah-olah dilintasi oleh hembusan syaitan yang mempersoalkan bahawa: “mengapa kita perlu beribadah kepada-Nya, sedangkan kita diberi kebebasan untuk memilih apa yang kita suka?” Jadi, nafsu turut meronta-ronta untuk tidak tunduk kepada perintah Samawi tersebut, seraya berkata: “kalau anda ikut agama, untuk beribadah kepada-Nya, tentu anda akan keletihan. Pilihlah hala tuju yang menyenangkan anda, dengan tidak patuh kepada-Nya”.

            Dalam menangkis pelbagai hasutan syaitan dan tipu daya nafsu, anda sudah tentu terfikir tentang suatu hakikat yang lebih besar dari pelbagai tipu daya tersebut. Ia turut tersemat di dalam kata-kata Sheikhuna (guru kami) Sheikh Yusuf Al-Hasani: “Sesiapa yang keluar ke dunia (lahir ke dunia) bukan kerana pilihan dirinya sendiri, pasti akan keluar dari dunia bukan kerana pilihannya sendiri juga. Oleh yang demikian, di mana pula letaknya kebebasan kehendak kita di antara kedua-duanya (antara kamu hidup bukan kerana pilihanmu dan kamu mati bukan kerana pilihanmu)”.

            Pernyataan Sidi Yusuf Al-Hasani cuba menjelaskan bahawa:

            Kita lahir ke dunia bukan kerana kita yang memilih untuk hidup di dunia ini.

            Kita juga akan mati bukan kerana kita yang memilih untuk meninggalkan dunia ini.

            Ajal dan usia sememangnya di tangan Allah s.w.t.. Berapa ramai orang yang berkahwin (sebab untuk mendapatkan anak), tetapi tidak mempunyai anak. Berapa ramai yang cuba membunuh diri (sebab untuk menghilangkan nyawa), tetapi tidak berjaya untuk mati.

            Ini menunjukkan bahawa, kita sebenarnya (bahkan seluruh kewujudan), sebenarnya bergerak di bawah kehendak, izin dan kekuasaan Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, walaupun kita diberi kebebasan majazi untuk memilih, ianya tidak terlepas dari kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t., kerana kita sudah tentu tidak mampu membuat sebarang pemilihan melainkan dengan izin Allah s.w.t.. Dari izin Allah s.w.t. tersebut, yang merupakan dari kehendak-Nyalah, kita dapat membuat pemilihan, bahkan kita sendiri dapat saksikan bahawa, bukan semua yang kita mahukan, kita akan mendapatinya.

            Realiti ini menunjukkan bahawa, kita yang diberi peluang untuk memilih dengan izin Allah s.w.t. ini, tidak akan memilih melainkan untuk taat kepada-Nya, dengan keinginan kita sendiri. Allah s.w.t. boleh memaksa seluruh manusia taat dan patuh kepada-Nya, dengan kehendak dan kekuasaan-Nya, tetapi dengan ilmu dan Lutf (kelembutan) Allah s.w.t., yang menyembunyikan hikmah-hikmah di sebalik perbuatan-Nya, Dia membiarkan seluruh manusia dengan kebebasan memilih, yang merupakan pemberian dari-Nya, untuk menguji yang manakah di antara mereka yang akan mentaati-Nya dengan kerelaan dan yang mana akan mengkufuri nikmat “kebebasan memilih” tersebut dengan kerelaannya juga.

            Oleh yang demikian, Allah s.w.t. menjanjikan nikmat syurga kepada para hamba-Nya yang taat, untuk menzahirkan kasih-sayang-Nya kepada para hamba-Nya dan untuk menyembunyikan cinta-Nya kepada para hamba-Nya, dari musuh-musuh para kekasih-Nya.

            Demikian juga, Allah s.w.t. menjanjikan siksaan neraka kepada mereka yang ingkar dalam mentaati-Nya, untuk menzahirkan kebesaran dan keagungan-Nya serta memberi peringatan kepada manusia sebelum mereka mati, supaya kembali kepada-Nya dengan ketaatan, selagi ada hayat.

            Dari sinilah, jika kita memahami bahawa, hidup dan mati kita pun daripada-Nya, mengapa tidak kita jadikan seluruh hidup dan mati kita untuk-Nya dan beramal di dalam kehidupan kita semata-mata kerana-Nya. Pilihan untuk beramal kerana-Nya dan metaati-Nya kerana-Nya semata-mata merupakan sebaik-baik pilihan, kerana dengan memilih sebaliknya (iaitu untuk menderhakai Allah s.w.t.), ia sebenarnya mengundang kepada kebencianAllah s.w.t. dan tidak membawa sebarang kebaikan bagi kita.

            Apabila seseorang sudah menghayati bahawa, dirinya hidup dengan izin dan kuasa Allah s.w.t., dia akan menghayati bahawa, dia juga perlu menjadikan seluruh hidupnya untuk Allah s.w.t., kerana itulah tujuan Allah s.w.t. menciptakan dirinya.

            Sheikhuna (guru kami) Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan makna ini dengan katanya: “Tauhid ialah, kamu jadikan diri kamu hanya untuk Dia yang Maha Esa semata-mata”.

            Dari sinilah, apabila kamu melakukan sesuatu, kerana diri kamu untuk Allah s.w.t., maka kamu tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana-Nya, kerana kamu ialah, semata-mata hanya untuk-Nya.

            Apabila ia menyerap ke dalam hati seseorang, maka, di sinilah timbulnya ikhlas, di mana, apabila dia melakukan kebaikan, beribadah kepada Allah s.w.t., menolong sesama manusia, dan sebagainya, dia tidak akan melakukannya melainkan kerana Allah s.w.t..

            Apabila nilai-nilai kehambaan ini kembang mekar di dalam diri seseorang hamba, maka keharuman “redhanya kepada Allah s.w.t. sebagai Tuhannya” akan menyelubungi seluruh kehidupannya. Pada ketika itulah, keredhaannya kepada Allah s.w.t. sebagai Tuhannya akan berkembang sehingga dia redha dengan seluruh apa yang diredhai oleh Allah s.w.t. dan meredhai seluruh ketetapan hukum dan ketentuan Allah s.w.t.. Lahirlah dari perasaan tersebut, keredhaannya kepada Islam sebagai agamanya, dan Rasulullah s.a.w. sebagai rasul dan kekasih Allah s.w.t..

            Dari sinilah timbulnya benih-benih makrifat yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut sebagai “kelazatan iman”. Bukankah kelazatan tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa perkataan? Bukankah sesuatu kelazatan itu tidak dapat diketahui dan difahami melainkan orang yang pernah merasakannya sahaja. Anda tidak akan tahu kelazatan sesuatu makanan melainkan anda sendiri pernah merasakannya. Ketahuilah bahawasanya, kefahaman kita terhadap hakikat sesuatu merupakan makanan rohani kita, dan sebaik-baik makanan rohani ialah, kefahaman kita terhadap Allah s.w.t. yang seterusnya membawa kepada makrifatullah (mengenal Allah s.w.t.).

            Begitulah seperti kata-kata Sheikhuna Sisi Yusuf Al-Hasani: “Rezeki rohani ialah rezeki yang paling istimewa. Ketahuilah bahawasanya, rezeki rohani ialah kefahaman kita mengenai Allah s.w.t..”

            Oleh yang demikian, tiada suatu nikmatpun yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang hamba-Nya, melebihi kenikmatan takkala mengenali diri-Nya. Ini kerana, makrifatullah (mengenal Allah s.w.t.) ialah nikmat yang paling tinggi nilainya bagi seseorang hamba, kerana ia merupakan roh sesuatu kehambaan seseorang kepada Allah s.w.t..

            Diriwayatkan bahawasanya, Yahya bin Mu’az r.a. (m 258H) pernah berkata: “makrifat ialah kehampiran hati dengan yang Maha Dekat (Allah s.w.t.), kewaspadaan roh di sisi Kekasihnya (Allah s.w.t.), dan menyendirikan hatinya dari selain Allah s.w.t. dan menjadikan ia hanya untuk Allah s.w.t. yang Maha Pemerintah lagi Maha Menjawab segala permintaan.”

            Dari makna inilah, kita dapati bahawa, seseorang yang sudah mengenali Allah s.w.t., sudah mengenali kehinaan diri di hadapan keagungan-Nya, dan sudah mengenali kehinaan dunia di sisi Allah s.w.t., sudah tentu tidak lagi memalingkan dirinya kepada dunia yang lebih hina dari dirinya, dan sebaliknya memalingkan seluruh tujuan kehidupannya untuk Allah s.w.t..

            Maka, pada ketika itu, dunia sedikitpun tidak mampu lagi untuk menggodanya, dengan perhiasan-perhiasan dan kecantikannya, kerana di matanya (hamba tersebut), hanya ada Allah s.w.t., yang Maha Agung lagi Maha Cantik.

            Jadi, sesiapa yang jujur dalam mengharapkan Allah s.w.t., sudah pasti tidak akan memalingkan dirinya dengan mengadap dan mengemis di hadapan dunia yang fana’ ini, seperi kata Imam Ja’far bin As-Sodiq r.a. (m 148H).

            Imam Al-Rifa’ie r.a. berkata: Makrifah itu seperti pohon yang mempunyai tiga ranting utama.

            Ranting Pertama: Tauhid
            Ranting Kedua: Tajrid
            Ranting Ketiga: Tafrid

            Tauhid ialah pengakuan kita bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t.. Ia merupakan langkah melenyapkan seteru Allah s.w.t. dari diri kita.

            Tajrid pula ialah berkaitan dengan keikhlasan kita kepada Allah s.w.t., dengan memotong segala asbab. Dalam erti kata yang lain, tidak memandang dan bergantung kepada asbab (sebab-sebab) tetapi bergantung harap kepada Allah s.w.t. semata-mata.

            Adapun Tafrid ialah memutuskan seluruh keterpautan hati secara keseluruhannya, dan hanya melihat dan berpaut kepada Allah s.w.t. pada setiap keadaan. Ia merupakan suatu yang amat tinggi. Tafrid juga bermakna, berhubungan dengan Allah s.w.t. tanpa sebuah perjalanan, tanpa sesuatupun hatta tanpa selain dari-Nya. Ini lebih menjurus kepada perbahasan Al-Fana’ dan Al-Baqo’ dalam istilah kaum sufi.

            Imam Ar-Rifa’ie seterusnya menjelaskan bahawa: “jalan untuk mencapainya (makrifat) ada lima iaitu:

            Pertama: Takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sendirian ataupun di khalayak awam.
            Kedua: Ketaatan mutlak dalam kehambaan (kepatuhan dengan melaksanakan syariat Allah s.w.t..)
            Ketiga: Memutuskan sebarang keterpautan hati melainkan hanya berpaut kepada-Nya dan menghadap-Nya secara keseluruhan.
            Keempat: Ikhlas dalam perkataan, perbuatan dan niat.
            Kelima: Berwaspada dan berjaga dalam setiap lintasan dan setiap pergerakan.

            Kesimpulan dari perbincangan berkisar tentang hadis yang mulia tersebut, sesungguhnya makrifatullah itu merupakan suatu kalazatan yang dirasai oleh hati seseorang hamba Allah s.w.t.. Kelazatan tersebut sebenarnya merupakan natijah dari kejujuran nilai-nilai kehambaan seseorang kepada Allah s.w.t. dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. dan redha terhadap segala apa yang datang dari Allah s.w.t..

            Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada kita sifat redha tersebut supaya dengannya, kita terbang menuju redha-Nya di laman kemurahan dan rahmat-Nya.

Amin…

Wallahu a’lam…