
"Aku
menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama
dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.. " (Imam Nawawi).
Hadis
Ibnu Umar R.A mengatakan: Bersabda Nabi SAW bahawa Allah Azza Wa Jalla
menerima taubat seorang hamba itu sebelum rohnya sampai di leher.
(Riwayat Tarmizi) Hadis Hasan.
Hadis
Anas bin Malik R.A, katanya : Bersabda Rasullullah SAW, yang mengikuti
mayat itu ke kubur tiga perkara. Dua diantaranya kembali pulang. Hanya
satu yang tetap bersamanya. Yang kembali itu ialah keluarga dan hartanya
sedangkan yang tetap bersamanya itu amalannya.
"Sesungguhnya
dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" dan "Janganlah kamu
bersedih sesungguhnya kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang
yang beriman"
"Aku
mencintai orang-orang sholeh, meskipun aku belum termasuk golongan
mereka. Aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka. Aku membenci
orang-orang durhaka, meskipun sebenarnya, mungkin, aku termasuk golongan
mereka." (Imam Syafi'i)
Rintihan Rabiatul Adawiyah kepada Ilahi:
Ya
Allah,ampunilah aku.Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja
yang berkekalan.Selamatkanlah dari daripada tipu daya yang mengasyikkan.
"Org tdk kisah setakat mana yg anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yg anda kisah terhadap mereka.."-Dr Fadzilah Kamsah
"Sekiranya
anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah
bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu"
"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"
"Masa
depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita
tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan
kegagalan dan sakit hati di masa lalu."
"Adab
dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti
bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat
bayang-bayang daripada pokoknya."
"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"
"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya,
bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire"
“Perumpamaan
orang-orang mukmin dalam cinta, kasih sayang dan kelembutan hati mereka
adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh menderita sakit,
terasakanlah sakit tersebut di seluruh tubuh hingga tidak bisa tidur
dan panas” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
“Pelajarilah
ilmu kerana mempelajarinya bererti tanda takut kepadaNYA, menuntutnya
merupakan ibadat,mengulangkajinya merupakan tasbih, membahasnya
merupakan jihad & mengajarnya kepada orang yang tidak tahu adalah
sedekah, ilmu merupakan pelindung ketika sendirian,teman di tempat
sunyi,petunjik dalam agama, menjadikan kita sabar ketika senang &
susah,teman karib di tempat asing & cahaya menunjukkan jalan ke
syurga”
"Jadikan
dirimu bagai pohon rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu & hanya layak di
buat kayu api..."-Imam Al Ghazali.

"Doa
memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya
menjadi percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada orang
yang ketakutan.."
Cinta
bukan mengajar kita jadi lemah, tp membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghina diri, tp menghembuskan kejayaan.. cinta bukan
pelemah semangat, tp membangkitkannya. Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan, kepada orang yang masih percaya walau pun telah
dikhianati...kepada yang ingin dicintai walaupun telah disakiti..dan
kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan yang telah pudar.. - hamka"
WANITA
SOLEHAH akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran..jika dia
seorang ANAK maka dia akan menjadi anak yang SOLEHAH..jika dia seorang
ISTERI..dia akan taat dan patuh kepada suami...jika dia seorang
IBU..akan dicurahkan kasih sayangnya kepada untuk anak-anak..Begitu juga
sebagai hamba Allah dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri
kepadaNYa..Selanjutnya wanita solehah mampu menghargai dirinya sendiri
dan mampu menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan.
DARI SYED OTHMAN IBNU AFFAN RHA. :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana ialah:
-Hatinya selalu berniat suci
-Lidahya selalu basah dengan zikrullah
-Kedua matanya menangis kerana penyasalan terhadap dosa
-Segala perkara dihadapinya dengan sabar & tabah
-Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia
"Keikhlasan
mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya."
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
"Kalau
tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan
berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.."
Semua
orang mencintai wanita, tetapi mereka berkata: "Mencintai wanita adalah
awal dari sebuah derita."Bukan wanita yang membuat derita. Tetapi
mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita
bagimu. (Imam Syafi'i)
"Malapetaka
paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang
mencintai orang lain. Atau jika engkau mengharapkan kebaikan seseorang,
akan tetapi justru orang itu berharap agar kita celaka atau binasa".
(Imam Syafi'i)
"Agama
buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia
orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak
beragama lebih sengsara. "Saiyidina Ali Bin Abi Thalib KWJ.
"Kemarahan
orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya, dan kemarahan yang
ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya" Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib KWJ.


No comments:
Post a Comment