Wednesday 23 January 2013

ISLAM dinobat Nabi Muhammad s.a.w DIMARTABAT

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Rabiul Awwal menjelma lagi yang mengingatkan kita tentang kelahiran bayi bertuah di Kota Mekah pada Tahun Gajah oleh ibunya Siti Aminah yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Kelahirannya adalah pilihan Allah sebagai nabi akhir zaman untuk membawa cahaya iman bagi menghilangkan kegelapan jahiliah, menggantikan penindasan nafsu serakah kepada keadilan Islam yang gah. Kejayaan umat Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat banyak bergantung kepada kesungguhan mereka dalam mencontohi system yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan. Sebagai contohnya dalam bab makan minu di mana nabi Muhammad SAW memulakan makan dengan menyebut kalimah Basmallah, kemudian membaca doa makan dan makan menggunakan tangan kanan serta makan makanan yang berada berdekatan dengan baginda.  Sebelum menjamah makanan, Rasulullah SAW makan secubit garam dan disudahi dengan menjilat jari serta mengucapkan Alhamdulillah. Baginda menggunakan tiga jari untuk makan iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah serta baginda mengunyah makanan sebanyak 40 kali sebelum menelannya. Baginda tidak bernafas ketika minum air iaitu bernafas di luar bekas minuman serta baginda minum air seteguk-seteguk dengan dimulakan dengan Bismillah. Menu harian Rasulullah SAW di pagi hari ialah segelas air dicampur sesudu madu dan selesai solat sunat dhuha, baginda SAW akan memakan tujuh biji kurma ‘ajwah. Sekiranya berpuasa, baginda akan berbuka dengan segelas susu dan kurma. Baginda menambahkan cuka dan minyak zaitun di dalam makanannya pada waktu petang. Bahkan, baginda melarang umatnya meneruskan makan sekiranya sudah kenyang kerana perut sepatutnya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu makanan, air dan udara. Kejayaan kita dalam mengikut sunnah Nabi kerana Allah termasuk dalam makan minum akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat disamping menjamin hidup sihat. Kegagalan mengikut cara makan nabi mengundang pelbagai penyakit dan bahaya apatah lagi terlibat dengan makanan yang haram dan syubhat. Betapa malangnya manusia yang makan apa sahaja ikut selera tapi mahu hidup sihat apatah lagi tidak menghiraukan halal dan haram tapi mahu masuk Syurga. Ibarat suatu kisah wali Allah, Syeikh Ibrahim bin Adham ketika beliau berhenti di persinggahan untuk ke tandas, lalu dikenakan bayaran kepadanya. Lantas Ibrahim menangis teresak-esak kerana memikirkan tempat yang sejijik itupun dikenakan bayaran, inikan pula syurga Allah yang perlu dibayar dengan amal ibadah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Musuh Islam sentiasa mencari jalan bagaimana cara untuk menjauhkan umat Islam sendiri daripada menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh teladan terbaik dalam setiap aspek kehidupan disamping memomokkan kepada dunia dengan tuduhan liar tentang nabi Muhammad s.a.w yang digambarkan dengan pelbagai kejahatan. Sebagai contohnya tindakan Majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang membuka tahun baru 2013 dengan menerbitkan komik biografi Nabi Muhammad SAW dengan melukis gambar baginda yang mulia. Jika sebelum ini majalah ini melukis gambar yang menghina nabi Muhammad s.a.w dan kali ini dengan tujuan memuji nabi namun ia merupakan suatu perbuatan yang haram dan tidak boleh dibiarkan sama sekali. Sebenarnya musuh Islam tidak mampu menutup sanjungan kepada nabi Muhammad s.a.w daripada tokoh mereka sendiri seperti tokoh legenda Perancis yang tersohor, Napoleon Bonapart di mana walaupun dia bukan seorang Islam, namun dia pernah berkata, “Saya begitu kagum kepada manusia agung ini. Saya kagum kerana keagungan akal dan hati nabi Muhammad s.a.w.” Begitu juga pandangan ikhlas seorang ilmuwan dari Itali, Prof Laura Vecccia Vaglieri yang lebih terkenal sebagai seorang orientalis banyak menghasilkan artikel mengenai Islam. Katanya, “Semasa menyeru manusia supaya menyembah Allah yang Maha Esa, nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada berfikir mengenai kebenaran. Beliau tidak menggunakan pendekatan sihir yang memukau penglihatan, tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta ugutan. Apakah yang beliau lakukan? Beliau menyuruh mereka supaya menggunakan akal dan bertafakur mengenai kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Dalam bahasa mudah, dia menyuruh manusia membaca ‘Buku Alam’ dan berfikir mengenainya supaya dengannya manusia yakin ada kewujudan Tuhan.” Begitulah panjang lebarnya cetusan tokoh Barat itu dalam memperkatakan tentang keunggulan Rasulullah SAW. Tetapi mengapakah pada masa ini mereka tidak membaca dan mengambil peduli apa yang tokoh-tokoh mereka pernah katakan itu hinggakan tercetus Islamofobia dengan sengaja mewujudkan bentuk provokasi sentimen agama yang sempit dan tidak bertamadun. Masih banyak lagi tokoh-tokoh Barat yang bukan Islam yang mengakui kelebihan agama Islam dan mereka mengangkat imej Nabi Muhammad s.a.w di puncak tinta kajian mereka. Michael H Hart seorang sejarawan, pakar matematik dan ahli astronomi terkemuka di Barat meletakkan nama nabi Muhammad s.a.w pada kedudukan teratas dalam kalangan 100 orang tokoh dikagumi. Malah Universiti Harvard di Cambridge sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya iaitu terjemahan  ayat 135 Surah An-Nisa :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّـهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَ‌بِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرً‌ا فَاللَّـهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِ‌ضُوا فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرً‌ا
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-5 surah ar-Ruum :
الم ﴿١﴾ غُلِبَتِ الرُّ‌ومُ ﴿٢﴾ فِي أَدْنَى الْأَرْ‌ضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ ﴿٣﴾ فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّـهِ الْأَمْرُ‌ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَ‌حُ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٤﴾ بِنَصْرِ‌ اللَّـهِ ۚ يَنصُرُ‌ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّ‌حِيمُ
Maksudnya: Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat terbesar dan kekal di mana banyak menceritakan peristiwa dahulu dan akan datang antara bukti bahawa ia bukan rekaan nabi Muhammad s.a.w sebaliknya merupakan wahyu daripada Allah. Antaranya kisah kemenangan silih berganti antara Rom Kristian dan Parsi Majusi yang benar-benar dilihat berlaku oleh para sahabat. Malah semasa kelahiran nabi Muhammad s.a.w lagi dunia mengalami beberapa peristiwa gempar antaranya runtuhnya beberapa tiang istana kerajaan Rom dan padamnya api penyembahan Majusi kerajaan Parsi seolah-olah petanda awal kedatangan nabi Muhammad s.a.w bakal menjatuhkan 2 empayar besar pada itu iaitu Rom dan Parsi. Ini diikuti dengan sabda nabi dalam hadis riwayat imam Muslim daripada Jabir bin Samurah yang bermaksud : Segolongan orang Islam bakal menguasai harta kekayaan kaum kerabat maharaja Parsi di Abyad. Ia terbukti pada zaman Khalifah Sayyidina Umar melalui panglima tenteranya Saad bin Abi Waqqas pada tahunn 637 Masihi. Begitu juga sabda nabi dalam hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Kaisar Parsi bakal hancur dan tidak ada kisra selepas itu. Kaisar Rom juga bakal hancur dan tidak ada kaisar selepas itu. Harta-harta rampasan diagihkan pada jalan Allah. Ia terbukti dengan kejatuhan Rom pada zaman Empayar Uthmaniah pada tahun 1453 Masihi dengan kejatuhan kota Istanbul.
Kita pada hari ini sudah tidak dapat melihat mukjizat seperti pembelahan bulan, air yang keluar dari celah jari nabi yang mulia,  pokok tamar yang berjalan bila diseru oleh nabi dan banyak lagi mukjizat yang lain namun mukjizat yang paling besar dan berkekalan terus ada pada tangan kita umat akhir zaman iaitu al-Quran yang mulia disamping hadis nabi. Umat Islam dahulu berjaya merajai dunia kerana berjaya melaksanakan perintah Allah dan rasulNya termasuk menjatuhkan Empayar Rom dan Parsi. Oleh itu tidak menjadi suatu perkara yang mustahil untuk menghancurkan kekejaman zionis yahudi dan seterusnya memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa kerana ia telah dimaklumkan melalui lidah nabi Muhammad s.a.w. Kejayaan dan kegagalan kita bergantung kepada sejauh mana keyakinan dan kesungguhan kita dalam melaksanakan perintah Allah dan rasulNya dalam setiap aspek kehidupan. Jika Islam yang kita pilih maka kejayaan yang kita bakal raih. Jika jahiliah yang kita guna maka kehinaan yang kita bakal terima. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunday 13 January 2013

5 syarat untuk membuat maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki ALLAH? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan
melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!” Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan ALLAH?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada ALLAH.” katanya sambil teresak-esak..

andai Rasulullah melihat aku berfacebook

Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu ?
Seperti yang kita tahu , setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan ? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Setengah orang cakap facebook ni dapat menambah kenalan .. Ada jugak yang cakap "disebabkan kita friend dengan bermacam umur manusia , so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku .. Contohnya di universiti .. Kira dapat info sikit pasal U .." Hah , ada jugak yang jawab , facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam .. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian ..

Muslimah Dan Facebook ?

Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu ?
Ok , begini ya anak-anak .. -_-' Kalaulah kan , seandainya Rasulullah s.a.w masih ada , bersama kita , melihat kita .. agak-agak macam mana ? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat .. Peringatan , BILA KITA BERFACEBOOK , Agak-agak kena puji atau kena tegur ?
Sebelum tu kena check dulu .. Apa yang kita buat dengan facebook kita .. Bermanfaat untuk orang lain atau tak ? Dedah aurat tak kat facebook ? Kalau dah tutup aurat pun , masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki ? Chatting yang tak penting ? Gambar tayang sesuka hati ? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu .. Cuba check !
Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni , agak-agak kena puji tak ? Masa nak berfacebook tu , apa rujukan anda ? Siapa sasaran status anda ? Banyak jenis orang di facebook ni .. Ada yang buat facebook macam diari ..

"Facebook aku , suka hati aku la nak post apa pun ! nak upload gambar dengan pakwe aku ke , lantak akulah .. aku bukannya anak kau pun .. yg ko nak nasihat2kan aku ni kenapa ? "


Amboi , sedapnya bahasa dia .. Ini yang saye baca dari status seorang teman bila dinasihati oleh teman2 nya yg lain .. Tersentak .. Makan dalam kot .. hehe .. Tapi , die lupa bahawa setiap mata yg melihat gambar die dengan pakwe die berpegangan tangan , berpeluk-pelukan macam monyet -_-' dan macam2 adegan yg selayaknya suami isteri lakukan .. mata-mata yg melihat inilah yg akan menjadi saksi pendakwaan dose die di mahkamah ALLAH itu nanti .. Masa tu , alasan die tu dah tak sah , dah tak VALID lagi dah ..


Sama jugak kalau antum seorang MUSLIM .. Gambar-gambar yg antum upload , memang tak menyebabkan fitnah macam wanita .. Tapi , berhati-hatilah , jangan sampai nak tayang body ( walaupun bukan aurat ) ..

Kemudian , yang sedihnya bila golongan muslimah , yang faham pengertian ikhtilat , yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook .. The bad side of Facebook ? Muslimah ? macam mana tu ? Begini ..
Bagaiman syaitan menghias maksiat , kaburkan pandangan kita .. Yang buruk tu nampak macam baik .. Faham kan ?
Contoh mudah .. Kita couple .. Couple islamik la kononnya .. Datang istilah dari mana pun tak tau la ..
"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita .. Mesej-mesej je .. Tu pun sebulan dua kali .. Mesej yang elok-elok je la .. Kejut tahajud , subuh , bagi nasihat dan tazkirah .. Kita saling mencintai kerana Allah .. Apa tu orang kata , ukhuwwahfillah ? Ha, ye la tu .. Tak dosa .. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain .. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina .. Kami ingat dosa lagi tau .."
Betul ke ni ?
Contoh dalam facebook .. Kita post status dengan genre Islamik , Kemudian ada la rijal mari bertandang ,
"Bagusla enti ni .. Post status yang bermanfaat untuk semua .. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni .."
"Eh , takdelah .. Biasa-biasa je .. Enta tu lagi hebat .. Post hadith memanjang .. Kalau masuk Imam Muda , mesti kalah semua orang ." -_-'
Nampak ?


Wahai saudara seangkatan segenderku ! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni ? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra , mula la nak bersalah sangka , "Eh ,dia ni .. Nampak je waro' tapi miang jugak .." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku .. Dia sedar tak aku ni siapa , dia tu siapa ?"
Hmm , Kasihan muslimin .. Dipersalah terus menerus .. Saudari , jangan salah faham .. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni .. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya .. 
Seterusnya , post status cinta .. Semua status dia tu bertemakan cinta .. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan ? Banyak page-page cinta islamik ..
Malah , Buka sahaja facebook .. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta .. Termasuk saya , kadang-kadang ..


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu .. Kalau hilang agamamu , maka hilanglah cintaku padamu .."
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh ..
"Aku menunggumu kerana Allah .."
Remaja , Jangan layu sangat dengan falsafah cinta .. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja .. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik , sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati ..
Jangan salah faham .. Bukan nak cakap benda ni salah .. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman .. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir ? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni .. Subhanallah .. Musuh islam pun gerun tengok kita ..
Ada jugak yang spesis 'aku like kau , kau like aku' .. Tiap-tiap status dia like .. Macam pelik je , status yang tak menarik pun di 'like' .. Ni like status ke like tuan status ? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like .. Status yang different gender tu juga dia nak like .. Apa tuh orang kata , macam magnet .. Kan ? Kalau North sama North , dia tolak .. North dengan South baru boleh tertarik .. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala .. Magnet tak kenal halal haram .. Tapi yang kita ni .. Sepatutnya dah terlebih faham kan .. 

Lagi satu, pasal gambar .. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat .. Muslimah , Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun , jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati .. Kita tak tau hati orang .. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir .. Jadi jagalah perlakuan kita , mahalkanlah mahar maruah kita ..
Kemudian , untuk kamu yang berniqab .. ( untuk saye jugak ) Walaupun hanya nampak mata sahaja , janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau' .. Bimbang nanti terpesong niat pula .. Moga dijauhkan .. Kita berniqob kerana Allah .. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni .. Jadi , rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas .. Gambar individual , kalau ramai-ramai lain cerita .. Masalahnya gambar yang shooting dekat .. Jelas keindahan mata yang mempesonakan .. (Sila jangan marah ya , saya pun niqobi jugak :D )
Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook , apakah reaksinya ?
Kecewakah dia denganku ? Ya Allah , peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan ..

Jadi sekarang ape yg perlu kita buat ?
ok , sekarang keluar dari TIMELINE saye yg agak buruk dan membosankan ni ..
then pergi ke TIMELINE kome , pergi ke file photos kome .. then tengok ade tak gambar2 yg tak patut ade kat situ .. kalau ade DELETE / PRIVATEKAN .. Kalau tak de ALHAMDULILLAH ..  =)

Entry ini hanya sekadar perkongsian , pandangan. Take it or leave it .. Don't judge a writing by its author .. Saya hanya hamba ALLAH yang dhoif , baru belajar nak kenal Tuhan :')

Saturday 12 January 2013

apakah yg dinamakn dengan CINTA


Cinta adalah kekuatan…
Yg mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah CINTA ……….
Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi,
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,cinta ternyata lebih terang…
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya…
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta…
Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur…
Cinta sendirilah yg menerangkan cinta dan percintaan…

** Saya ingin menjadi seperti Saidatina Fatimah(serikandi Nabi s.a.w),yg seumur hidupnya tidak pernah      dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Thalib,suaminya….



Saturday 5 January 2013

renungan bersama


**Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal (rahimahullah) menangis apabila mendengar 2 bait pertama syair ini. Moga ianya juga menjadi momentum ke arah muhasabah & perubahan diri kita semua…

إذا ما قال لي ربي ما استحييت تعصيني
Jika Tuhanku bertanya padaku…tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
وتخفي الذنب عن خلقي وبالعصيان تأتيني
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku…dan datang pada_Ku dengan penuh dosa
فكيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang? Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
أسلي النفس بالآمال من حين إلى حين
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa
وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati…dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
كاني قد ضمنت العيش ليس الموت يأتيني
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya…seakan mati tidak akan menemuiku
وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني
Dan telah datang padaku sakaratul maut yanag ngeri…nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku?
نظرت إلى الوجوه أليس منهم من سيفديني
Aku melihat pada wajah-wajah…apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني
Celakalah aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat ALLAH yang menyeruku?
ألم أسمع لما قد جاء في ق و يس
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitahu di dalam surah Qaaf dan Yaasin?

ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan dan hari ad-deen(qiamah)?
ألم أسمع منادي الموت يدعوني يناديني
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,menyeru & menjemputku?
فيا رباه عبد تائب من ذا سيؤويه
Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat,siapa yang dapat melindunginya?
سوى رب غفور واسع للحق يهديني
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunan-Nya & yang membimbingku pada kebeneran
أتيت إليك فار حمني وثقل في موازيني
Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan(kebaikan)ku
وخفف في جزائي أنت أرجى من يجازيني
Dan ringankan(percepatkan)hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban